Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 2 Julai 2011

10 Penyanyi Korea Paling 'Top' Pada 2011




Seramai 388 selebriti dan wakil hiburan diundi dalam sebuah portal berita hiburan rasmi, Korean news portal Enews24 untuk menentukan penyanyi terbaik Korea. 



Selepas undian dikira, tempat pertama dimiliki Cho Yong Pil dengan 58 undian (15.2 peratus). Walaupun berusia lebih 60 tahun, persembahan penyanyi itu masih bertenaga seperti dulu.

Cho Yong Pil


Tempat kedua jatuh kepada kumpulan Big Bang dengan 29 undian (7.4 peratus). Walaupun berbeza 30 undian daripada tempat pertama, Big Bang tetap dipilih sebagai artis paling top industri muzik Korea terkini. Mereka menjadi ikon terhangat dalam industri beberapa tahun kebelakangan ini. Sebaik saja muzik baru mereka di pasaran, mereka berjaya menyapu kedudukan carta muzik seluruh negara, malah fesyen mereka turut menjadi bahan bualan.

Kumpulan Big Bang

Juri Superstar K, Lee Seung Chul menduduki tempat ketiga dalam carta penyanyi Korea paling ‘top’. Dia memiliki peminat daripada pelbagai peringkat umur dan jantina. Sama ada dalam bidang penyiaran mahupun konsert atas talian (online), dia kuat bekerja.

Lee Seung Chul

Tangga seterusnya dimiliki Kim Bum Soo (tempat ke-empat) dengan 22 undian (5.6 peratus) dan kemudian Seo Taiji (tempat ke-lima) satu undian di belakang Kim Bum Soo.

Kim Bum Soo

Seo Taiji

Kumpulan SNSD pula hanya di tangga keenam dengan memperoleh 17 undian (4.3 peratus) manakala TVXQ di tempat ketujuh dengan 12 undian (3.0 peratus).

Kumpulan SNSD

Kumpulan TVXQ

Tempat kelapan menyaksikan keputusan seri diantara dua penyanyi; Kim Gun Mo danRain yang masing-masing memperoleh 11 undian (2.8 peratus).

Kim Gun Mo
Rain

Tempat kesembilan pula milik 3 penyanyi ini; Lee Moon SaeYoon Do Hyun dan Lee So Ra serta kumpulan terkenal 4minute yang masing-masing memperoleh 8 undian (2.0 peratus).

Kumpulan 4minute

Tempat kesepuluh juga menyaksikan keputusan seri diantara 4 penyanyi ini iaitu; Baek Ji Young, Shin Seung Hoon, Na Ul, dan Insooni yang masing-masing memperoleh  7 undian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan