Seramai 388 selebriti dan wakil hiburan diundi dalam sebuah portal berita hiburan rasmi, Korean news portal Enews24 untuk menentukan penyanyi terbaik Korea.
Selepas undian dikira, tempat pertama dimiliki Cho Yong Pil dengan 58 undian (15.2 peratus). Walaupun berusia lebih 60 tahun, persembahan penyanyi itu masih bertenaga seperti dulu.
|
Cho Yong Pil |
Tempat kedua jatuh kepada kumpulan
Big Bang dengan 29 undian (7.4 peratus). Walaupun berbeza 30 undian daripada tempat pertama, Big Bang tetap dipilih sebagai artis paling top industri muzik Korea terkini. Mereka menjadi ikon terhangat dalam industri beberapa tahun kebelakangan ini. Sebaik saja muzik baru mereka di pasaran, mereka berjaya menyapu kedudukan carta muzik seluruh negara, malah fesyen mereka turut menjadi bahan bualan.
|
Kumpulan Big Bang |
Juri Superstar K,
Lee Seung Chul menduduki
tempat ketiga dalam carta penyanyi Korea paling ‘top’. Dia memiliki peminat daripada pelbagai peringkat umur dan jantina. Sama ada dalam bidang penyiaran mahupun konsert atas talian (online), dia kuat bekerja.
|
Lee Seung Chul |
Tangga seterusnya dimiliki
Kim Bum Soo (
tempat ke-empat) dengan 22 undian (5.6 peratus) dan kemudian
Seo Taiji (
tempat ke-lima) satu undian di belakang Kim Bum Soo.
|
Kim Bum Soo |
|
Seo Taiji |
Kumpulan
SNSD pula hanya di
tangga keenam dengan memperoleh 17 undian (4.3 peratus) manakala
TVXQ di
tempat ketujuh dengan 12 undian (3.0 peratus).
|
Kumpulan SNSD |
|
Kumpulan TVXQ |
Tempat kelapan menyaksikan keputusan seri diantara dua penyanyi;
Kim Gun Mo dan
Rain yang masing-masing memperoleh 11 undian (2.8 peratus).
|
Kim Gun Mo |
|
Rain |
Tempat kesembilan pula milik 3 penyanyi ini;
Lee Moon Sae,
Yoon Do Hyun dan
Lee So Ra serta kumpulan terkenal
4minute yang masing-masing memperoleh 8 undian (2.0 peratus).
|
Kumpulan 4minute |
Tempat kesepuluh juga menyaksikan keputusan seri diantara 4 penyanyi ini iaitu; Baek Ji Young, Shin Seung Hoon, Na Ul, dan Insooni yang masing-masing memperoleh 7 undian.